Sabtu, 29 Julai 2017

Today

lama tak menaip, hari ini Alhamdulillah sihat dan ceria selalu seperti biasa. Kehidupan pun sangat baik disamping suami tersayang yang sentiasa memberi semangat siang dan malam kepadaku tanpa jemu. Dialah tempat mengadu, sahabat, peneman dikala sunyi dan juga kawan gaduhku... hahaha.... jahat kan? ye, orang tua-tua kan ada kata kadang-kadang gaduh boleh mengeratkan lagi kasih sayang and Ermmm... mungkin juga, hihihi... Aku ini seorang yang happy go lucky, so no hal lah kalau nak masuk air sama2 dan itu dah memang sifat aku. Tak kan dalam hidup nak serius manjang je kan... Suami aku pulak mmg ada masa2 dia nak bergurau depan orang, tapi kalau dengan aku memang tak boleh blaaa laa kan tahap gurau dia okey!. Kami ini kontra, tapi kami ada semangat yang sama iaitu ingin menjadi usahawan yang berjaya di suatu hari nanti. Sekarang ini kami berdua berusaha keras untuk menjaga perniagaan kecil kami yang pertama ini. Kami selalu jadikan mereka-mereka yang telah berjaya sebelum ini sebagai mentor. salute la pada mereka yang telah berjaya awal tu, mesti banyak ranjau dan rintangan yang mereka lalui. Tak semua yang berjaya bermula dari ada segalanya, kadang mereka start from zero to hero. Aku dan suami pun macam tu juga, tapi cuma kami mencuba step by step until done. Biar la orang nak kata macam baby nak kene guide ke apa asalkan kami berhati-hati dalam membuat keputusan. Dalam berniagaan ini, kalau asyik nak dengar kata-kata keji orang memang tak akan maju la weiii... Huhuhu.... Aku pun macam tu juga dulu, asal kene kutuk je nak down nak nagis... Pergghhh.... sakit hati woii, mulut-mulut sesetengah orang ini. Tapi aku tak nak buatlah macam tu lagi, sebab apa tau? aku tak nak nanti suami aku pun turut down juga. Jadi kan aku kenalah kuat dalam apa jua situasi. Tapi kan  kadang-kadang tu ada juga tersedih almaklumlah, we are human right... huhuhu. Okey berbalik pada kehidupan aku hari ini, semakin hari semakin baik  dari dulu, sebab sekarang dah duduk rumah sendiri dan buat keputusan semua sendiri. En suami pun tak pernah kongkong kehidupan aku, dia sangat memahami apa yang aku inginkan dalam kehidupan ini. Tapi janganlah sebab suami ko dah bagi green light pada ko, than ko nak buat tak elok pulak ye cik puan Amelia oiii... hihihi... Nama pun manusia mana ada yang sempurna, dulu memang laaa jahil tak perlulah nak jahil selamanya kan? So sekarang ini aku just banyak fokus pada rumahtangga aku, study aku and bisnes kami. Sekarang ini bukan masa nak main-main, lambat ko cari ilham jauh ketinggalanlah ko dari orang lain. Macam aku inilah, dah 30an baru nak start sambung study balik. Ahhh biarlah as long as my mind can do something, and i know i can do it better!!!. Next week dahlah exam, gila ko tak nervous tu yang curi-curi masa belajar and siapkan beberapa Assigment lagi. Okeylah, next time aku update lagi, tupun jika diberikan kesihatan dan tak busy la. Kalau tak hihihi... sebulan lagi pun belum tentu aku update sebab MALAS GILER NAK BUKA BLOG...Sorry... Okey guys, oleh kerana masa aku update ini malam, so aku wish Good Night la kat korang.... Asslamualikum.

Selasa, 22 November 2016

22/11/2016

Hari ini dalam sejarah aku putus asa dalam melakukan sesuatu. Aku x mampu melakukannya seorang diri, sungguh aku x mampu. Jadi aku membuat keputusan untuk melepaskan yang Satu ini  bagi memberi tumpuan pada perkerjaan yang paling penting  sekarang.. Memang aku mengakui,  aku lebih suka sibukkan diri dengan melakukan banyak pekara. Tapi kali ini aku tewas. Tapi x mengapa, kegagalan yang sekali ini tidak Akan mematahkan semangat aku untuk terus berjaya. Syukur ada Mentor seperti (suamiku), sentiasa ada menyokong aku setiap masa.... Alhamdulillah...

Rabu, 16 November 2016

16/11/2016

Hari ini hujan je sepanjang hari. Apapun Alhamdulillah semua urusan Hari ini berjalan Dengan lancar. Walaupun penat dengan even untuk majlis, tapi still ok lagi laaa... cukup untuk Hari ini ye penat sudah Nak berehat dulu...😊😴😴😴